Penggunaan bahasa rojak sudah menjadi amalan di kalangan rakyat Malaysia. Bincangkan peranan pelajar dalam memartabatkan kembali bahasa Malaysia yang betul.



TAJUK:  

Penggunaan bahasa rojak sudah menjadi amalan di kalangan rakyat Malaysia. Bincangkan peranan pelajar dalam memartabatkan kembali Bahasa Malaysia yang betul.

NAMA AHLI: LEE CHIAU XIN                                                    02DTM15F2065
                      YAP AI HUI                                                           02DTM15F2033
                       NURUL AIN FARIHIN MUHAMAD RAKMAN      02DTM15F1082         
                       NUR NADIA SYUHADA MOKHTAR                    02DTM15F2068
                       FATIN AMALINA MD. IDROS                              02DTM15F2030         


KELAS: DTM5A
SESI: DISEMBER 2017
NAMA PENSYARAH: PN. RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI  



1.0 Pendahuluan 
        Malaysia mempunyai bahasa pertuturan tersendiri, iaitu bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca lebih 600 tahun lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa Malaysia telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan negara dan telah menjadi bahasa rasmi sejak merdeka. Pada tahun 1967, sepuluh tahun selepas merdeka, bahasa Malaysia menjadi bahasa kebangsaan bahasa rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, iaitu Perkara 152. Krisis baharu yang melanda bahasa Malaysia ialah rakyat negara ini semakin meminggirkan bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.

        Kebanyakan masyarakat berpandangan bahawa tiada gunanya mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa tersebut akan lenyap ditelan zaman. Pada masa yang sama, kebanyakkan penduduk negara kita juga berpendapat bahawa bahasa inggeris merupkan bahasa yang terulung di dunia.Hal ini menyebabkan wujudnya bahasa rojak dan digunakan secara meluas dalam kalangan generasi muda.

        Dari segi sejarahnya, bahasa rojak dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila perdagangan antarabangsa ditubuhkan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka. Pelabuhan ini telah berjaya menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Dari peristiwa inilah maka proses awal bahasa rojak dikatakan berlaku di negara kita.


        Memang tidak dapat dinafikan semakin hari, semakin ketara penggunaan bahasa rojak dalam kehidupan seharian kita. Kini, penggunaan bahasa rojak bukan setakat dalam perbualan sahaja malahan telah melanda dunia teknologi internet seperti di Facebook dan Twitter. Bukan itu sahaja, bahasa rojak turut digunakan di dalam program televisyen, radio, atau novel serta di dalam akhbar, komik majalah dan sebagainya. Contohnya, penggunaan bahasa rojak melalui program di TV3, iaitu Karnival Sure (pasti) Heboh. Jelas di sini, syarikat telekomunikasi swasta tersebut menggunakan nama program mereka menggunakan bahasa rojak untuk menarik perhatian orang ramai. Selain itu, ada sesetengah filem yang menggunakan bahasa Malaysia tetapi mempunyai judul dalam bahasa Inggeris atau bahasa rojak. Sebagai contoh, Senario The Movie, Remp-it, Antoo Fighter dan Lu Pikirlah Sendiri The Movie. Ini menunjukkan satu fenomena di mana bahasa rojak kini sudah digunakan secara meluas. 

        Pada 20 Januari 2014, TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak memberi nilai tinggi kepada bahasa Melayu melalui usaha bersepadu untuk memartabatkan dan memajukan bahasa kebangsaan itu. Semasa merasmikan Majlis Pelancaran Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 2014 baru-baru ini, beliau menyeru semua rakyat negara ini tanpa mengira keturunan memberi penekanan tinggi kepada penggunaan bahasa kebangsaan serta bersama-sama bertekad memajukannya. 

2.0 Definisi Bahasa Rojak
           Bahasa Rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya misalnya,seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris. Terutamanya oleh golongan yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Bahasa ini digunakan mengikut trend pada sesuatu masa. Situasi ini berlaku dalam konteks lisan sama ada rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Bentuk bahasa ini juga digunakan dalam bidang tertentu seperti bidang pengiklanan dan penyiaran. 

2.1 Faktor penggunaan bahasa rojak
          Sikap kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap Bahasa Melayu. Kebanyakan masyarakat berpandangan bahawa tiada gunanya mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa tersebut akan lenyap ditelan zaman.

          Sikap rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Kebanyakan penduduk negara kita berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terulung di dunia.Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang mempunyai paling ramai penutur di dunia ini. Bahasa Inggeris hanyalah merupakan lingua franca, iaitu bahasa pertuturan yang paling utama dan meluas. Hal ini demikian kerana penggunaannya adalah sebagai ‘penyambung lidah’ antara bangsa-bangsa yang berlainan.  Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana  masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Contohnya, sikap penduduk di Perancis. Mereka tidak akan melayan bangsa asing yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika kita sendiri bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan melayan kita dengan sebaik mungkin. Sifat cinta akan bahasa sendiri inilah yang perlu wujud dalam diri setiap masyarakat Malaysia. Seseorang rakyat yang mencintai negaranya pasti tidak akan mengabaikan bahasa kebangsaannya.


          Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik. Hal ini disebabkan kebanyakan media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, mereka terbawa-bawa dalam kehidupan seharian.

          Fenomena ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya amat sukar untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam penggunaan bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh itu, mereka akan melatih kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar serta mempraktikkan dalam perbualan harian walaupun tidak berkemahiran

           
2.2 Peranan pelajar dalam memartabatkan kembali Bahasa Malaysia
        Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Sebagai contohnya, Manglish, iaitu seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris. Pada masa sekarang, bahasa rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekali gus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Patutkah kita bersikap lepas tangan dalam pertuturan dalam bahasa rojak yang hampir menjadi fenomena rakyat Malaysia zaman sekarang? Jawapannya tiada lain tiada bukan. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar pendidikan yang telah banyak membawa kemajuan kepada pembangunan negara serta dapat menerapkan perpaduan dalam kalangan rakyatnya. Menurut Kamus Pelajar, melestarikan bermakna membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal seperti sediakala. Rakyat Malaysia mesti yakin dengan keupayaan dan kemampuan bahasa kebangsaan. Kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa Melayu kerana telah dikekalkan sehingga sekarang sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.  Semua pelajar perlulah bekerjasama untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.

        Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita, kita sebagai pelajar perlu rajin mempelajari bahasa Melayu kerana ia merupakan satu-satunya bahasa yang menyatukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Pelajar boleh menyemai minat dalam mempelajari bahasa Melayu melalui pelbagai cara yang berkesan seperti mendengar lagu Melayu.  Pelajar juga boleh melibatkan diri dalam komuniti seperti di sekolah dan badan-badan yang relevan. Di sekolah, pelajar boleh menimbulkan kesedaran tentang keistimewaan bahasa Melayu dan bagaimana ia melambangkan jati diri bahasa Melayu di kelas. Para pelajar boleh menjalankan program-program yang berkaitan dengan bahasa Melayu seperti bengkel mempromosikan bahasa Melayu dan kempen kesedaran tentang kepentingan bahasa Melayu. Aktiviti-aktiviti ini tentu dapat membantu para pelajar memartabatkan bahsa Melayu.

        Pelajar-pelajar harus digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang berhubung dengan bahasa melayu yang betul dan baik susunan bahasanya. Bahan-bahan ini mungkin sedikit bilangannya, namun benda yang sedikit kalau dimanfaatkan tentu akan memberikan makna yang besar kepada kita semua.

        Selain itu, para pelajar di institusi pengajian tinggi sememangnya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Golongan pelajar ini juga adalah merupakan golongan cerdik pandai yang sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti seminar, pembentangan kertas kerja, pidato, forum, simposium dan pelbagai aktiviti yang melibatkan perbincangan, soal jawab , penerangan dan taklimat. Mereka seharusnya melibatkan diri dengan aktif agar boleh menggunakan bahasa dengan berhujah, memberi pandangan, ulasan dan apa sahaja yang membawa kepada pemantapan bahasa.

        Seterusnya, mereka juga boleh melibatkan diri dalam bidang penulisan ilmiah atau menghasilkan buku-buku yang boleh dijadikan panduan kepada golongan yang ingin mencari ilmu dan meluaskan pembacaan. Penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul merupakan langkah yang mesti diamalkan oleh para pelajar agar bahasa  yang dibentuk dapat membina jati diri  bangsa.

        Secara kesimpulan, langkah-langkah yang konkrit dan pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu - bahasa kebangsaan kita. Setiap warga yang pelbagai keturunan haruslah memanfaatkan masa untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu dengan baik dan memartabatkan bahasa Melayu yang ternyata memberikan faedah yang besar kepada perpaduan, keharmonian dan teknologi Malaysia. Oleh itu, kita haruslah berganding bahu untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita sebelum masalah bahasa rojak menjadi budaya rakyat Malaysia dan melangkah ke tahap yang lebih serius lagi. Kita haruslah bagai aur dengan tebing demi untuk mencapai perpaduan kaum and misi Transformasi Nasional 50.

3.0 Kesimpulan
           Untuk terus menerapkan dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,usaha yang dilakukan perlulah berterusan dan jangan lah hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja.Pelajar perlu membuang rasa malu untuk menggunakan bahasa kebangsaan ini dan tidak terlalu mengagung-agungkan Bahasa Inggeris. Bak kata pepatah melayu 'tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas'. Semoga Bahasa Melayu tidak mati ditelan zaman dan terus dihormati sebagai bahasa kebangsaan.

4.0 Rujukan
1. Lee, L.T. (2014). Bahasa rojak 
bukan budaya kita. Retrieved 7 December 2017 from, "http://m.utusan.com.my/rencana/bahasa-rojak-8232-bukan-budaya-kita-1.15866".
2. Transformasi Nasional 50 malaysia (https://mytn50.com/)
3. Memartabatkan bahasa kebangsaan, (26/5/14) ABDULLAH ABDUL RAHMAN, http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140526/pe_02/Memartabatkan-bahasa-kebangsaan
4. Langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu, (20/8/14) Katrina ling, http://katrinahl.blogspot.my/2014/09/langkah-langkah-untuk-memartabatkan.html
5. Usaha-Usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia, http://tinta6siswi.blogspot.my/2017/01/usaha-usaha-memartabatkan-bahasa.html
6. Cara-Cara Mengatasi Masalah Penggunaan Bahasa Rojak
http://tinta6siswi.blogspot.my/2017/01/cara-cara-mengatasi-masalah-penggunaan.html


5.0 Lampiran






No comments:

Post a Comment